Zaman sekarang suara tak sedap pun tak apa, janji ramai followers – Ilham - Utusan Malaysia

Zaman sekarang suara tak sedap pun tak apa, janji ramai followers – Ilham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mohd. Ilham Fitri Mohd. Rasid (Ilham Fitri), 23, akui mempunyai ramai pengikut di laman media sosial kini menjadi hal penting dalam industri seni tanah air.

“Buktinya kita boleh lihat sendiri. Industri seni kita lebih memilih orang yang mempunyai pengikut yang ramai.

“Suara tak sedap tak apa, janji ada ramai pengikut. Sponsor pun akan jadi lebih banyak jika ada ramai followers.

“Pendek cerita, perjalanan hidup sebagai artis dalam industri ini akan lebih mudah kalau ada ramai pengikut. Oleh itu, sasaran saya sekarang adalah nak ada lebih ramai pengikut di TikTok dan Instagram untuk tujuan mempromosi lagu sendiri,” katanya.

Ilham sebelum ini ialah salah seorang peserta I Can See Your Voice Malaysia Musim ke-5. Dia mula menceburi bidang nyanyian sejak di bangku sekolah lagi.

Selain menyanyi, dia juga boleh bermain gitar, piano dan menari. Di masa lapang, Ilham rajin memuatnaik cover pendek lagu-lagu tempatan yang sedang popular di akaun Instagram dan TikToknya.

Baru-baru ini pula, Ilham melancarkan lagu berjudul Tertulis Takdirnya yang diciptanya sendiri.

“Lagu ini berdasarkan kisah sebenar yang berlaku dalam hidup saya, lebih kurang pasal cinta monyet zaman sekolah dulu.

“Ia sebenarnya sudah ditulis sejak empat tahun lepas. Mula-mula saya cipta lagu itu untuk suka-suka saja.

“Tapi entah macam mana, selepas beberapa tahun, label rakaman Awal Muzik Entertainment suka lagu ini dan minta untuk dikeluarkan,” katanya yang kini bernaung di bawah label rakaman tersebut.

Selain menyanyi, Ilham turut mempunyai pekerjaan tetap sebagai penghibur di sebuah taman tema.

Walaupun dia mempunyai minat yang mendalam dalam bidang nyanyian, Ilham lebih mengutamakan pekerjaan tetapnya itu memandangkan ia adalah sumber pendapatan utamanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya