Trafik menuju selatan bergerak perlahan 

Trafik menuju selatan bergerak perlahan 

ALIRAN trafik bergerak perlahan menuju arah selatan di lebuh raya PLUS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keadaan trafik menuju ke arah selatan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) bergerak perlahan, setakat pukul 4 petang ini. 

Ia berikutan warga kota mula kembali selepas cuti perayaan sambutan Aidiladha berakhir hari ini. 

Menurut perkongsian Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di laman Twitternya, aliran trafik bergerak perlahan membabitkan laluan sejauh lapan kilometer (km) dari Ipoh (Utara) ke Simpang Pulai. 

Selain itu, aliran trafik perlahan juga direkodkan sejauh 3.5 km dari Gua Tempurung ke Tapah, Bidor ke Ladang Bikam Utara (1.5km) dan Bukit Tagar ke Bukit Beruntung (8km). 

Dalam pada itu, aliran trafik tinggi dicatatkan di Plaza Tol Gombak menuju ke Kuala Lumpur. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN