Polis terima laporan Haqiem Stopa - Utusan Malaysia

Polis terima laporan Haqiem Stopa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menerima satu laporan daripada seorang pempengaruh berhubung gambarnya dan gambar notis saman yang tular dalam media sosial.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed. 

Katanya, laporan diterima pada pukul 3 petang semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pendedahan maklumat dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ishak Abu Bakar di talian 03-61262222/ 011-39032329,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, seorang pempengaruh, Haqiem Stopa membuat laporan polis susulan butiran peribadi yang tertera dalam notis saman ditularkan di laman sosial.

Haqiem, 22, memuat naik gambarnya membuat laporan polis berkenaan di ruangan Instagram (IG) Story miliknya, semalam.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN