JDT 'ratah' Sarawak United

JDT ‘ratah’ Sarawak United

Barisan pemain JDT meraikan gol yang dijaringkan oleh Bergson pada awal babak pertama di Stadium Negeri, Kuching malam tadi. Foto ihsan Johor Southern Tigers
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Meskipun masih berduka selepas kehilangan ketua jurulatih Benjamin Mora namun aksi diperagakan Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak menunjukkan sebarang ‘kecacatan’ selepas berjaya menewaskan Sarawak United 4-0 pada aksi Liga Super sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Negeri, Kuching itu, skuad JDT turun buat kali ketiga tanpa kelibat Mora yang secara rasmi meninggalkan skuad Harimau Selatan secara rasmi berkuat kuasa hari ini.

JDT gah mendominasi saingan pada babak pertama hasil ledakan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-13 dan Bergson da Silva (m-20).

Bersambung pada babak kedua, tuan rumah cuba untuk bangkit tetapi gagal menembusi kekebalan benteng pertahanan pasukan pelawat.

Sebaliknya, juara Liga Super lapan kali berturut-turut itu terus ghairah menambah gol dan berjaya meledak jaringan ketiga menerusi rembatan Syahmi Safari pada minit ke-79 sebelum Fernando Foriesteri melengkapkan kemenangan bergaya apabila menyudahkan sepakan penalti pada masa kecederaan.

 

Keputusan tersebut menyaksikan JDT terus gah mendahului carta Liga Super dengan mengutip 32 mata selepas mengharungi 12 perlawanan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.