34 motosikal musnah akibat khianat

34 motosikal musnah akibat khianat

SEBANYAK 34 motosikal musnah dalam kebakaran dipercayai akibat perbuatan khianat di PPR Kampung Muhibah, Bukit Jalil, di sini hari ini. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 34 motosikal musnah dipercayai akibat perbuatan khianat dalam kebakaran di Blok G Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Bukit Jalil di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan pukul 2.21 pagi daripada seorang wanita mendakwa berlaku kebakaran motosikal.

“Balai Bomba dan Penyelamat Sri Rampai Bomba dikejarkan ke lokasi serta kebakaran berjaya dipadamkan.

Pemeriksaan mendapati terdapat 34 motosikal terbabit dalam kebakaran kerana kedudukan kenderaan terlalu rapat antara satu sama lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan siasatan mengenai punca kejadian masih dalam siasatan.

Katanya, usaha diteruskan untuk mengesan suspek yang melakukan perbuatan khianat itu. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana terdapat unsur khianat dalam kejadian itu,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN