Zii Jia tarik diri:Malaysia bakal hilang pingat - Utusan Malaysia

Zii Jia tarik diri:Malaysia bakal hilang pingat

NG TZE YONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: pemain perseorangan ketiga negara, Ng Tze Yong dipilih menggantikan tempat jaguh Asia, Lee Zii Jia yang membuat kejutan apabila menarik diri daripada Sukan Komanwel Birmingham 2022 bermula 28 Julai depan.

Keputusan Zii Jia, 24, sememangnya memberikan tamparan hebat kepada skuad badminton negara memandangkan pemain ranking kelima dunia itu adalah prospek pingat emas acara perseorangan lelaki.

Zii Jia tampil pada Rabu umum penarikan dari dari sertai temasya sukan itu bagi beri fokus kepada Kejohanan Dunia 2022 di Tokyo, Jepun dari 22 hingga 28 Ogos iaitu dua minggu selepas hari terakhir temasya Sukan Komanwel.

Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann kecewa dengan tindakan tersebut terpaksa mempersiapkan Tze Yong yang berada di ranking ke-46 dunia untuk isi kekosongan ditinggalkan Zii Jia.

“Pasti dia bukan pencabar utama sebagai pemenang pingat emas tetapi peluang ini muncul dalam saat terakhir. Kami seperti biasa sentiasa mempersiapkan dia untuk pertandingan.

“Komanwel bonus untuk dia. Harap dia dapat ambil kesempatan untuk pamerkan permainan yang bagus dan boleh cipta kejutan,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara semalam.

Chong Hann turut menolak bahawa pemain beregu campuran, Tan Kian Meng akan menjadi bidan terjun untuk acara perseorangan lelaki biarpun Kian Meng pernah beraksi dalam acara tersebut sebelum beralih arah pada 2015.

“Saya rasa untuk Kian Meng, dia disasarkan pingat emas dalam acara beregu campuran bersama Lai Pei Jing, jadi saya rasa lebih baik dia fokus kepada acara itu sahaja.” tambah Choong Hann.

Tekanan untuk Choong Han untuk mempersiapkan Tze Yong memandangkan acara perseorangan lelaki sudah menghadiahkan sembilan pingat emas daripada 14 edisi Sukan Komanwel.

Pemenang perseorangan lelaki sewaktu edisi terakhir Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia pada 2018 dimenangi legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.