USM lancar penjualan nombor pendaftaran khas 

USM 1 – 9999 dibuka untuk jualan

USM melancarkan penjualan nombor pendaftaran khas USM 1 hingga USM 9999 yang boleh dibida menerusi aplikasi carplates.my.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini secara rasmi melancarkan penjualan nombor pendaftaran khas USM 1 hingga USM 9999.

Menurut kenyataan, USM berbesar hati mengekalkan kombinasi huruf USM bagi mewakili Universiti Sains Malaysia dalam pemilihan plat khas universiti itu.

”Pihak USM menyeru seluruh warga dan alumni USM bagi memberi semangat dan sokongan padu dengan membida nombor (USM1 hingga USM9999) yang akan bermula hari ini.

”Bidaan boleh dibuat dengan memuat turut aplikasi carplates.my di Google Store bagi pengguna Android dan Apple Store bagi pengguna iPhone,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu berkata, pembida boleh memulakan bidaan serendah RM250 bagi empat digit nombor pendaftaran bergantung kepada nilai yang telah ditetapkan di dalam sistem bidaan. 

“Dana yang diperoleh hasil dari penjualan nombor plat ini akan disalurkan bagi membantu Universiti menyokong mempertingkatkan lagi kerja-kerja penyelidikan yang sedang giat dijalankan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya