Tiada sesalan, sanggup mati demi Malaysia- Cools - Utusan Malaysia

Tiada sesalan, sanggup mati demi Malaysia- Cools

AKSI menakjubkan pada aksi menentang Bangladesh menyaksikan Cools dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain pertahanan pertahanan negara, Dion Cools berkata, dia langsung tidak menyesal memilih untuk mewakili skuad Harimau Malaya berbanding Belgium.

Malah, pemain berdarah kacukan Malaysia-Belgium yang berumur 26 tahun itu juga sanggup ‘mati’ demi lencana di dada kerana dalam tubuhnya turut mengalir darah Malaysia.

Untuk rekod, Cools pernah beraksi bersama skuad bawah 18, 19 dan 21 tahun Belgium dari 2014-2019 dan dia berjaya menjaringkan enam gol dalam 28 penampilan.

“Saya tidak menyesal apabila pilih untuk mewakili Malaysia dan saya sanggup mati untuk negara,” katanya dalam sidang akhbar selepas aksi terakhir Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 bertemu Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin.

Pertahanan Malaysia, Dion Cools (tengah) meledak gol kedua buat pasukan negara pada aksi Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 berdepan Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, kelmarin.- UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Mengulas mengenai jaringan pertamanya di pentas antarabangsa bersama skuad kebangsaan, Cools berkata, dia sangat teruja dan mahu menjaringkan lebih banyak gol buat Malaysia selepas ini.

“Untuk gol pertama sungguh mengujakan dan sepatutnya mungkin boleh jaringkan gol lebih lagi. Setiap pemain yang bermain untuk negara perasaannya berbeza, di mana seluruh negara (penyokong) berada di belakang walaupun di kelab juga ada.

“Ini kenangan paling terindah dan akan dikenang sampai bila-bila. Ia kenangan terindah dan saya gembira dengan prestasi sekarang dan berharap dapat menjaringkan lagi gol,” katanya yang turut gembira dengan kehadiran keluarganya di stadium.

Dalam pada itu, Cools yang dinobat sebagai pemain terbaik perlawanan berkata, rakan sepasukannya juga sepatutnya diangkat sebagai bersama beliau kerana mereka memberikan aksi persembahan yang cukup mantap.

“Bagi saya semua pemain adalah pemain terbaik perlawanan kerana kami bermain sebagai satu pasukan dan telah memberikan yang cukup terbaik. Ia satu perjalanan yang panjang buat kami.

“Jadi kami boleh bergembira terlebih dahulu dengan kejayaan ini sebelum kembali fokus untuk misi yang seterusnya,” katan Cools.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN