Tentera Israel tembak mati wanita Palestin - Utusan Malaysia

Tentera Israel tembak mati wanita Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Tentera Israel menembak mati seorang wanita Palestin di kem pelarian Arroub di selatan Tebing Barat.

Lapor Al Jazeera, menurut Kementerian Kesihatan Palestin, wanita itu dikenali sebagai Ghufran Harun Warasneh dan berusia 31 tahun.

Jelas kementerian, Ghufran maut ditembak di bahagian dada oleh tentera Israel.

Dalam pada itu, tentera Israel dalam satu kenyataan mendakwa, seorang wanita yang memiliki pisau disyaki cuba melakukan serangan.

Jelasnya, wanita berkenaan bergerak menuju ke arah askar IDF yang menjalankan aktiviti keselamatan rutin.

Sementara itu, seorang saksi memberitahu wartawan Al Jazeera, Givara Budeiri bahawa Ghufran tidak menimbulkan sebarang ancaman besar kepada askar berkenaan.

Kata Budeiri, Ghufran mula bekerja di sebuah stesen radio tiga hari sebelum dibunuh.

“Menurut beberapa saksi, mangsa ketika itu meninggalkan rumahnya untuk ke tempat kerja,” katanya.

Ghufran ditembak kira-kira sebelum pukul 8 pagi (waktu tempatan) di pintu masuk ke kem pelarian yang terletak antara Bethlehem dan Hebron.

Mangsa dikejarkan ke Hospital al-Ahli di Hebron namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya