‘Rombakan besar-besaran skuad B23’ - Utusan Malaysia

‘Rombakan besar-besaran skuad B23’

HAMIDIN MOHD. AMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Bawah 23 tahun negara (B-23) bakal mengalami perubahan daripada segi pengurusan dan juga kejurulatihan agar selari dengan peningkatan skuad kebangsaan.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, perubahan dalam B23 akan diumumkan selepas mendapat laporan penuh dari ketua jurulatih B23, Brad Maloney.

“Kalau kita tak boleh ubah secara terus ekosistem bolasepak Malaysia ini, kita kena ubah daripada skuad kebangsaan dan skuad B-23.

“Saya nak nyatakan B-23 akan ada perubahan selepas ini, saya tengah tunggu laporan, bulan Julai ini saya akan ada mesyuarat.

“Insya-Allah dan saya sudah beritahu dengan Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abdullah dapatkan laporan dari jurulatih untuk saya buat keputusan dan sudah tentu ada perubahan.

“Perubahan itu maksud saya bukan kata nak tukar jurulatih tetapi ingin ubah sesuatu mengikut Harimau Malaya,” katanya.

Tambah Hamidin, perubahan ini tidak boleh dilakukan dengan cepat tetapi secara berperingkat.

“Ini kerana kalau kita lihat bola sepak antarabangsa ini dia tidak boleh kita ambil jurulatih dan terus jalan, awak tidak akan boleh menang, mungkin boleh seri dengan Laos dan kalah dengan Singapura.

“Untuk menang kita perlu labur dan lepas tu perlu ada sesuatu untuk kita buat dari segi teknikal staf, jadi saya rasa itu yang kita buat,” jelasnya.

Prestasi skuad B23 negara musim ini begitu mengecewakan selepas gagal meraih sebarang pingat pada temasya Sukan SEA ke-31 di Vietnam selepas tewas pada perebutan pingat gangsa di tangan Indonesia.

Lebih mengecewakan skuad bimbingan Brad Maloney ini gagal membawa pulang sebarang mata pada kejohanan Piala Asia di Uzbekistan.

Kecundang 1-4 ditangan Korea Selatan pada aksi pertama sebelum 0-3 kepada Thailand, Malaysia terus kecundang pada aksi terakhir kepada Vietnam 2-0 yang menyaksikan tanpa sebarang mata di raih pada kejohanan tersebut.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya