fbpx

PRU-15 perlu disegerakan – Abdul Hadi

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Pas berpendapat Pilihan Raya Umum Ke-15  (PRU-15) perlu diadakan segera sekiranya mahu mengukuhkan kestabilan kerajaan.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keperluan mengadakan PRU-15 lebih awal itu bergantung kepada situasi politik negara.

Bagaimanapun, menurutnya, semua pihak perlu membuat persediaan rapi bagi memastikan kelancaran perjalanan pilihan raya tersebut.

Katanya, pilihan raya tidak perlu diadakan segera sekiranya tidak mempunyai sebarang persediaan.

“Memanglah pada dasarnya, kita (Pas) bersetuju PRU diadakan sehingga habis penggal. 

“Tapi kalau dalam keadaan yang memerlukan untuk membina kekuatan dalam kerajaan perlu disegarakan PRU itu. Tengok keadaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas kuliah pagi di Masjid Rusila di sini hari, ini. 

Pada 16 Jun lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat tarikh yang sesuai bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan adalah pada Julai tahun depan.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata tarikh itu bersesuaian kerana ia merupakan penggal Parlimen ke-14 tamat.

Sebelum ini, Abdul Hadi juga dilaporkan berkata, Pas berpendapat tiada keperluan untuk mendesak kerajaan membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU15 diadakan.

Kata beliau, kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu diberi peluang untuk terus mentadbir negara hingga berakhirnya penggal semasa.

PRU15 perlu diadakan selewat- lewatnya pada pertengahan September 2023 iaitu dalam tempoh 60 hari selepas penggal Parlimen kini terbubar secara automatik pada 16 Julai 2023

Selain itu, ketika ditanya mengenai cadangan daripada ahli jawatankuasa Pas  supaya parti itu menggunakan logo parti itu pada PRU-15, beliau berkata, setakat ini, parti itu masih kekal dengan keputusan untuk menggunakan logo PN.

“Cadangan supaya parti itu menggunaan simbol sendiri merupakan pandangan peribadi   bukan parti,” ujarnya.- UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI