Brek rosak, lori simen rempuh dua rumah

Brek rosak, lori simen rempuh dua rumah

SEBUAH lori simen yang dipercayai mengalami masalah brek merempuh dua buah rumah di Jalan Bernam 6, Taman Bernam di Tanjung Malim hari ini. - UTUSAN/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Masalah brek menjadi punca sebuah lori simen hilang kawalan sebelum terbabas merempuh dua buah rumah di Jalan Bernam 6, Taman Bernam di sini pagi tadi.

Kejadian itu menyebabkan pemandu lori berusia 36 tahun mengalami kecederaan di kepala manakala penghuni dua buah rumah terselamat.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, maklumat kemalangan itu diterima pada pukul 9.55 pagi yang berlaku ketika pemandu lori terbabit dalam perjalanan untuk menghantar simen.

Katanya, semasa menuruni bukit di kawasan perumahan tersebut, brek lori berkenaan didapati gagal berfungsi dan menyebabkan kenderaan itu terbabas merempuh dua buah rumah.

“Pelanggaran itu menyebabkan lelaki terbabit mengalami luka di kepala dan lebam di muka. Kesemua penghuni rumah selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.

“Setakat ini, pemandu lori masih belum tampil membuat laporan polis kerana sedang menerima rawatan di Hospital Slim River,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, spesimen darah lelaki itu bagaimanapun telah diambil dan akan dihantar ke Jabatan Kimia di Ipoh bagi tujuan analisis.

“Punca kemalangan disebabkan brek lori simen tidak berfungsi dan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya