500 kes Covid-19 masuk wad

500 kes Covid-19 masuk wad

Kira-kira 500 kes Covid-19 di Malaysia berada di wad-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,130 kes berbanding kelmarin, 2,033 kes sekali gus mengatasi 1,080 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 776 kes diikuti Kuala Lumpur (553), Pulau Pinang (168), Perak (148), Sabah (115), Negeri Sembilan (82), Johor (60), Melaka (54) dan Sarawak (53). 

Diikuti Kedah (44), Pahang (26), Putrajaya (22), Terengganu (14), Kelantan (11), Perlis (4) dan Labuan, sifar kes.  

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan seramai 490 orang berbanding kelmarin, 377 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 35 kes, berbanding jumlah semalam 32 kes. 

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 19 kes berbanding jumlah kelmarin, 18 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak empat kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,015 keseluruhan kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian, satu kes dilaporkan menjadikan dan jumlah terkini sebanyak 35,731 kes. 

Selain itu, sifar kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,579 kes. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN