Thailand bantu Malaysia layak lebih awal - Utusan Malaysia

Thailand bantu Malaysia layak lebih awal

PENYERANG skuad B-23 negara, Hadi Fayyad masih tercari-cari sentuhan penyudah selepas mengharungi tiga perlawanan Kumpulan B Sukan SEA Hanoi, petang tadi.- IHSAN FAM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Kemenangan 5-0 Thailand membelasah Kemboja, sebentar tadi di Stadium Thien Truong, Nam Dinh membantu Malaysia menempah slot ke separuh akhir bola sepak lelaki Sukan SEA Hanoi.

Keputusan itu sekali gus memperbaiki pencapaian skuad Bawah 23 (B-23) tahun negara di Filipina pada 2019 yang menyaksikan Malaysia pulang awal selepas tersingkir di peringkat kumpulan.

Skuad kendalian Brad Maloney kini mempunyai pilihan sama ada mara sebagai juara kumpulan atau naib juara menjelang aksi terakhir Kumpulan B, Isnin ini menentang Kemboja.

Bagaimanapun, menjadi juara Kumpulan B bakal mengelak skuad negara melalui pertembungan sukar dengan juara Kumpulan A di separuh akhir nanti.

Juara Kumpulan A hampir pasti menjadi milik pasukan tuan rumah, Vietnam yang dijangka tidak berdepan masalah untuk mengalahkan Timor Leste, esok.

Pasukan negara sepatutnya mampu mengesahkan tempat ke separuh akhir lebih awal namun diikat 2-2 dengan Singapura pada aksi petang tadi sekali gus kekal di kedudukan teratas kumpulan dengan mengumpul tujuh mata, manakala Thailand di tangga kedua dengan enam mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya