Sorok pil kuda, syabu dalam kotak rokok

Sorok pil kuda, syabu dalam kotak rokok

PIL kuda dan syabu yang dirampas polis selepas menahan seorang lelaki dalam Op Samseng Jalanan di Kampung Gelong Gajah, Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan. - FOTO/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Taktik seorang pengedar dadah menyembunyikan 405 biji pil kuda dan 0.81 gram dalam kotak rokok gagal selepas dia ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan di Kampung Gelong Gajah, Bunut Susu, di sini semalam.

Suspek berusia 47 tahun yang bekerja sebagai buruh ditahan oleh anggota Trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas pada pukul 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, semasa melakukan penugasan anggota trafik IPD Pasir Mas telah terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Perdana yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di Kampung Slow Machang.

Menurutnya, anggota bertugas kemudian berjaya menahan kereta yang dipandu suspek di tepi jalan Kampung Gelong Gajah, Bunut Susu.

“Sejurus ditahan suspek bersama kereta yang dipandunya telah dibawa ke Balai Trafik Pasir Mas untuk pemeriksaan.

“Pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek telah menjumpai kotak rokok di dalam poket seluar sebelah kanan milik suspek. Selepas itu kita telah membuat pemeriksaan ke atas kotak rokok itu dan telah menjumpai pil kuda dan syabu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai lima rekod lampau berkait dadah.

Katanya, siasatan awal suspek mengaku dadah yang dijumpai itu adalah miliknya.

“Suspek turut mengaku mendapatkan bekalan dadah dari seorang lelak yang tinggal di Kampung Limbat di sini. Usaha memburu suspek sedang giat dilakukan bagi membantu siasatan berhubung tangkapan dan rampasan dadah ini,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya