Semua sudah bagus cuma ada sikit kelemahan - Azri

Semua sudah bagus cuma ada sikit kelemahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Penjaga gol skuad Bawah 23 (B-23) tahun negara, Azri Ghani menyeru rakan sepasukan terutama barisan tengah agar lebih banyak membantu pertahanan.

Jelasnya, setakat ini itu sahaja antara masalah ketara skuad negara dalam ketiga-tiga perlawanan yang menyaksikan Malaysia telah dibolosi empat gol meskipun mengumpul tujuh gol keseluruhan.

“Bagi saya pasukan kita bermain bagus cuma apabila bertahan kita ada sedikit masalah komunikasi barisan tengah dengan pertahanan.

“Kalau boleh pemain tengah kena lebih banyak membantu pertahanan, itu saja saya nampak masalah daripada sudut pandangan daripada bawah (sebagai penjaga gol),” katanya kepada Utusan Malaysia.

Malaysia akan turun mencari kemenangan apabila menentang Kemboja petang ini.

Skuad negara B-23 telahpun mengesahkan tempat ke separuh akhir dan kini memiliki pilihan sendiri sama ada mara sebagai juara atau naib juara Kumpulan B.

Sekiranya mahu memilih laluan lebih mudah, skuad negara perlu menewaskan Kemboja pada aksi terakhir kumpulan hari ini bagi mengelakkan bertemu dengan tuan rumah, Vietnam di separuh akhir.

Penjaga gol Kuala Lumpur City itu, menegaskan bahawa mereka sentiasa mengambil sikap bahawa setiap perlawanan adalah penting dan turun dengan mentaliti untuk menang.

“Kami tidak pernah merasa selesa ataupun sambil lewa, berdepan Kemboja kami perlu menang kalau nak elak lawan Vietnam walaupun pada akhirnya akan bertemu juga (kalau boleh di final).

“Seperti jurulatih cakap, kami sentiasa memberi fokus satu perlawanan ke satu perlawanan. Jadi semua perlawanan adalah penting dan tidak timbul rasa selesa atau sebagainya.

“Kita harus memperbaiki secepat mungkin kelemahan yang ada jika mahu melangkah lebih jauh dan buat saya, saya yakin dan percaya semua pemain tidak rela pulang ke Malaysia dengan tangan kosong,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.