Remaja 16 tahun maut motosikal dirempuh kereta

Remaja 16 tahun maut motosikal dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH – Seorang penunggang motosikal berusia 16 tahun maut selepas terlibat dalam satu nahas jalan raya yang turut membabitkan tiga buah kenderaan lain di sini, kira-kira pukul 2.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, ketika kejadian, mangsa yang juga pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah sedang menunggang motosikal dari arah Bagan Ajam menghala ke Sungai Dua.

Katanya, sebaik sahaja sampai di lokasi kemalangan iaitu di Kilometer 11.9 Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth arah Sungai Dua di sini, mangsa dikatakan menukar laluan iaitu daripada lorong kiri ke sebelah kanan hingga menyebabkan motosikal yang ditungganginya bergesel dengan sebuah kereta yang datang dari arah belakang.

“Secara tiba-tiba, datang pula dua buah kereta juga dari arah yang belakang yang gagal mengelak dan terus melanggar remaja berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Berikutan kejadian itu katanya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. 

“Hasil siasatan, mangsa tidak mempunyai lesen memandu dan motosikal yang ditunggangi remaja itu pula dipercayai milik bapanya.

“Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujar Mohd. Radzi. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya