PM zahir ucapan takziah kemangkatan Presiden UAE

PM zahir ucapan takziah kemangkatan Presiden UAE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah diatas kemangkatan Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan.

Perdana Menteri berkata, Almarhum Sheikh Khalifa merupakan seorang pemimpin berwawasan yang telah berjasa besar kepada kemajuan dan kemakmuran UAE. 

Ujar beliau, pencapaian, kebijaksanaan dan kemurahan hati Almarhum telah memberi manfaat kepada rakyat UAE dan seluruh umat Islam. 

“Saya merasa sedih mendapat perkhabaran mengenai kemangkatan Almarhum Yang Mulia Sheikh Khalifa. 

“Saya dan Kerajaan serta seluruh Keluarga Malaysia ingin mengucapkan takziah yang sangat mendalam kepada Naib Presiden, Perdana Menteri UAE, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum dan Pemerintah Dubai, ahli Kerabat Diraja dan rakyat UAE di atas kemangkatan Almarhum,” kata beliau dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Menurut Ismail Sabri, Malaysia sangat menghargai sumbangan murni Almarhum yang telah mengukuhkan hubungan persaudaraan sesama umat Islam.

“Doa dan ingatan saya sentiasa bersama Yang Mulia (Sheikh Khalifa), ahli Kerabat Diraja dan rakyat UAE dalam menghadapi waktu-waktu yang sukar ini.

“Semoga Allah SWT merahmati Yang Mulia Almarhum dan menempatkan rohnya bersama-sama golongan yang soleh,” ujar beliau. 

Semalam, media melaporkan, Sheikh Khalifa meninggal dunia pada usia 73 tahun selepas berehat lama akibat sakit. 

Istiadat penghormatan terakhir Sheikh Khalifa dijadual berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga 16 Mei. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN