Pelanggan, petugas bertengkar akibat nombor giliran - Utusan Malaysia

Pelanggan, petugas bertengkar akibat nombor giliran

TANGKAP layar daripada potongan video yang tular dalam media sosial memaparkan pertengkaran antara seorang pelanggan dan petugas MBSA dekat pejabat cawangannya di Kota Kemuning di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebuah video tular memaparkan pertengkaran antara seorang pelanggan dengan petugas di kaunter di cawangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Kota Kemuning disiasat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Menurut MBSA, punca pertengkaran dikenal pasti akibat salah faham berlaku antara pelanggan berkenaan dengan petugas tersebut berhubung nombor giliran.

“Salah faham ini dapat diselesaikan setelah pelanggan mengambil nombor giliran dan akhirnya meneruskan urusan pembaharuan lesen perniagaan.

“Pihak MBSA memohon maaf di atas insiden yang telah berlaku dan akan berusaha memastikan agar perkara sedemikian tidak berulang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu video berdurasi 1 minit 38 tular sejak beberapa lalu di lokasi dipercayai kaunter sebuah pihak berkuasa tempatan di negeri ini.

Pihak MBSA berkata, pihaknya berharap penjelasan tersebut dapat memberi gambaran sebenar terhadap isu video yang ditularkan di media sosial.

Katanya, pihak MBSA sentiasa mengalu-alukan sebarang pendapat dan cadangan daripada semua pihak demi meningkatkan lagi mutu dan kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh MBSA. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.