Lagi bot nelayan Vietnam ditahan di perairan Terengganu

Lagi bot nelayan Vietnam ditahan di perairan Terengganu

BOT nelayan Vietnam yang ditahan di kedudukan 100 batu nautika Timur Laut dari Kuala Terengganu, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebuah bot nelayan Vietnam bersama 15 kru ditahan kerana menceroboh perairan negara, kelmarin.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, penahanan itu dibuat di kedudukan 100 batu nautika Timur Laut dari Kuala Terengganu, kira-kira pukul 3 petang.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati semua kru berusia antara 20 hingga 50 tahun itu tidak memiliki pengenalan diri sah.

“Kita turut merampas hasil tangkapan seberat 700 kilogram, 1,000 liter diesel dan peralatan bernilai RM1.5 juta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Muhammad Suffi, bot dan kesemua kru ditahan kemudian dibawa ke jeti Maritim Malaysia Terengganu untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/1963. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya