KPM, LP perkasa pentaksiran, peperiksaan sedia ada

KPM, LP perkasa pentaksiran, peperiksaan sedia ada

RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) dan Lembaga Peperiksaan (LP) sedang meneliti beberapa penambahbaikan bagi memperkasakan pentaksiran dan peperiksaan sedia ada. 

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, perkara itu antara dibincangkan dalam pertemuan bersama kedua-dua pihak, malam tadi. 

“Sebelum ini kami telah mengadakan beberapa siri sesi libat urus bagi mendapatkan input dan pandangan daripada pihak-pihak berkepentingan dalam memperkasakan pentaksiran sedia ada. 

“Bagi tujuan ini, beberapa penambahbaikan telah dikenal pasti dan sedang diteliti secara lebih mendalam oleh LP serta bahagian berkaitan.

“Ini adalah untuk memastikan setiap pendekatan yang dilaksanakan benar-benar memberi impak positif dalam mentadbir pendidikan negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam. 

Justeru, Dr. Radzi memohon semua pihak untuk mendoakan segala ikhtiar pengurusan kementerian dipermudah demi pendidikan generasi pewaris negara. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN