Indonesia tarik balik larangan eksport kelapa sawit - Utusan Malaysia

Indonesia tarik balik larangan eksport kelapa sawit

JOKO WIDODO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia bakal menarik balik larangan eksport minyak sawit pada Isnin depan.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Joko Widodo (Jokowi) hari ini, sekali gus mengurangkan tekanan ke atas pasaran minyak sayuran global yang mencecah harga puncak kerana penggantungan, perang di Ukraine dan pemanasan global.

Negara kepulauan itu mengeluarkan larangan bulan lalu untuk mendapatkan bekalan komoditi itu, yang digunakan dalam pelbagai barangan daripada taburan coklat kepada kosmetik, dalam menghadapi kekurangan dalam negara.

“Berdasarkan bekalan dan keadaan minyak masak serta memandangkan terdapat 17 juta orang dalam industri sawit; petani dan pekerja sokongan lain, saya memutuskan eksport minyak masak akan dibuka semula pada Isnin, 23 Mei,” katanya secara dalam talian.

Selepas larangan itu berkuat kuasa, Jokowi berkata membekalkan 270 juta penduduk negara itu adalah ‘keutamaan tertinggi’ kerajaannya.

Namun, Jakarta berada di bawah tekanan untuk mengawal harga yang sudah melonjak tinggi selepas pencerobohan Russia ke atas kuasa pertanian, Ukraine.

Pengeluar minyak sawit turut mengadakan bantahan minggu lalu di Jakarta dan beberapa bandar di Indonesia dengan mengadu harga buah kelapa sawit menurun drastik sehingga merugikan mereka. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.