Tiada pilih kasih, pemain dinilai sama rata- Moloney - Utusan Malaysia

Tiada pilih kasih, pemain dinilai sama rata- Moloney

NIK Akif Syahiran Nik Mat antara sembilan pemain baharu menyertai kem latihan pusat B-23 negara bagi persiapan Sukan SEA Hanoi, Vietnam.-FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada mana-mana pemain mempunyai kelebihan untuk tersenarai secara automatik bagi membarisi skuad Bawah 23 (B-23) ke temasya Sukan SEA Hanoi di Vietnam pada Mei depan.

Sebaliknya, pengendali skuad B-23 tahun negara, Brad Maloney berkata, kesemua 31 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat mempunyai peluang sama rata untuk tersenarai ke sukan dwitahunan itu.

Moloney berkata, pemain berpeluang membuktikan kelebihan masing-masing dalam dua perlawanan persahabatan iaitu menentang pasukan B-23 Timor Leste pada 29 April dan B-23 Filipina pada 1 Mei ini.

“Semua pemain mempunyai peluang untuk tersenarai dalam senarai akhir. Tiada jaminan kedudukan untuk mana-mana pemain dalam pasukan ketika ini. Mereka boleh buktikan dalam perlawanan persahabatan.

“Skuad kebangsaan akan diuji dalam dua perlawanan persahabatan (B-23 Timor Leste pada 29 April dan B-23 Filipina pada 1 Mei) sebelum ke Vietnam diputuskan,” katanya kepada pemberita semalam.

Semalam, Moloney boleh menarik menarik nafas lega apabila 14 daripada 31 pemain telah melaporkan diri ke kem latihan pusat menjelang temasya Sukan SEA Hanoi bulan depan.

Mengulas mengenai pertambahan jumlah pemain yang melaporkan diri, Moloney berkata, ia sesuatu yang baik walaupun mengakui masih belum mempunyai skuad penuh untuk menjalani latihan.

Semalam, sembilan pemain menyertai kem latihan pusat iaitu Firdaus Irman Fadhil, V. Ruventhiran, A Shivan Pillay, Aiman Afif Afizul, Ahmad Aysar Hadi Shapri, Daryl Sham, Umar Hakeem Suhar Rezwan, Ubaidullah Shamsul Fazili dan Nik Akif Syahiran Nik Mat menyertai lima pemain yang lain.

Difahamkan, baki 17 lagi pemain daripada senarai 31 pemain yang dipanggil akan melapor diri secara berperingkat dalam masa terdekat sehingga Sabtu ini, selepas para pemain mendapat pelepasan daripada kelba masing-masing.

Pada edisi 2019 di Filipina, pasukan negara di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee gagal melepasi peringkat kumpulan, selepas memenangi pingat perak pada edisi 2017 di Kuala Lumpur.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN