Sukan SEA Hanoi: Dhabitah pembawa Jalur Gemilang

Sukan SEA Hanoi: Dhabitah pembawa Jalur Gemilang

NUR DHABITAH SABRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet terjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang pada Sukan SEA Hanoi di Vietnam yang akan bermula 12 hingga 23 Mei ini.

Penerjun berusia 23 tahun yang berjiwa muda dan ikon kepada belia di negara memenuhi kriteria Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk dipilih berdasarkan sumbangannya bukan sahaja di Sukan SEA tetapi juga Sukan Asia, Komanwel dan Olimpik.

Pengumuman terbabit secara tidak langsung menjadi pembakar semangat kepada Dhabitah yang lebih mesra disapa Bitah dalam misi memenangi dua pingat emas buat kontinjen negara di Hanoi.

“Pertama sekali saya berterima kasih kepada MOM yang memilih saya untuk menjadi pembawa Jalur Gemilang kontinjen Malaysia di Sukan SEA Hanoi.

“Sasaran saya pada Sukan Sea kali ini adalah untuk memenangi dua emas dalam dua acara yang akan saya sertai iaitu 1 meter (m) papan anjal dan 10m platform seirama.

Dhabitah mencuri tumpuan pada Sukan Olimpik meraih tempat keempat dalam acara 3m papan anjal di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Dalam pada itu, Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria turut memaklumkan mengenai kemaskini terbaru jumlah kontinjen negara yang akan ke Hanoi iaitu berjumlah 864 orang terdiri daripada 589 orang atlet (364 orang lelaki, 225 orang wanita) dan 275 orang pegawai (222 orang lelaki dan 53 orang wanita).

“Terdapat pengguguran beberapa orang atlet daripada jumlah sebelum ini atas beberapa sebab termasuklah kecederaan,” ujarnya.

Seramai 15 atlet digugurkan termasuklah dua atlet gimnastik artistik negara, Tan Ing Yueh dan Zarith Imaan Khalid selain tiga pelumba basikal lebuh raya Mohd Shahrul Mat Amin, Muhammad Danieal Haikkal Edi Suhaidee dan Nurqadrina Emylia Binti Norzali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN