IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad telah menyampaikan sumbangan khas RM1,000 setiap seorang kepada 50 pemain dan pegawai Perak FC sebagai bantuan sempena sambutan Aidilfitri .
Saarani berkata, sumbangan itu bagi membantu meringankan sedikit sebanyak beban mereka sempena perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang.
“Kita menyumbang sedikit duit raya kepada 50 orang termasuk pemain dan pegawai, tak banyak hanya RM1,000 sahaja setiap seorang untuk persiapan raya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Menandatangani Perjanjian Asas (Heads of Agreement) Built-To-Suit and Lease Antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dan Junjing Silicon Technology Sdn Bhd di Bilik Mesyuarat Pejabat Menteri Besar di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE