PETALING JAYA: Menjelang perlawanan persahabatan menentang Hong Kong, 1 Jun nanti skuad Harimau Malaya bakal disajikan dengan aksi menyerang dan tidak sesekali akan bertahan.
Keyakinan ini dilontarkan pengendali Hong Kong, Jorn Andersen dilantik menggantikan Mixu Paatelainen, Disember tahun lalu.
Jurulatih kelahiran Norway itu yang lebih gemar mempamerkan permainan menyerang memiliki corak taktikal sama dengan pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon.
“Saya akan cuba membuat perubahan dan kami boleh bermain dengan cak sedikit menyerang serta bertahan di garisan lebih tinggi.
“Kadang-kadang kami perlu menekan pasukan lawan dan tidak berikan kerja mudah untuk mereka kuasai kawan kami.
“Itulah perkara terpenting untuk permulaan ini,” ujarnya menerusi laporan media Hong Kong.
Berdasarkan pencapaian November 2017, Andersen nyata memiliki rekod baik ke atas Malaysia apabila dua kali meraih kemenangan 4-1 bagi membantu Korea Utara mengatasi Harimau Malaya pada saingan Kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand.
Selain Hong Kong, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga mengesahkan Harimau Malaya akan menentang Myanmar pada 27 Mei sebagai persiapan menjelang tiga aksi Kumpulan E pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023, bermula 8 hingga 14 Jun ini.
Pada pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023, bermula 8 hingga 14 Jun ini, turut bersama Malaysia dalam Kumpulan E adalah Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh. – UTUSAN