PETALING JAYA: Baddrol Bakhtiar mengecewakan bekas pasukannya Kedah Darul Aman FC (KDA FC) selepas membantu Sabah FC meraih kemenangan besar 4-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, sebentar tadi.
Lebih menarik, pemain berpengalaman Amri Yahyah mencuri tumpuan dan membukti sentuhan berbisanya dalam perlawanan tersebut apabila meledak hatrik di minit ke-51, m-61 dan m-71 manakal satu lagi gol dijaringkan Park Tae-su menerusi sepakan percuma.
Meskipun berusia 41 tahun, namun prestasi Amri mengatasi pemain muda lain dalam aksi berkenaan, malah pengalaman luas dimilikinya jelas meletakkan dia dalam kelas tersendiri.
Kemenangan anak didik Datuk Ong Kim Swee di halaman sendiri itu jelas menggembirakan para penyokong The Rhinos.
Mereka juga berjaya merampas kembali kedudukan kedua liga daripada Kedah berdasarkan kelebihan jaringan biarpun berkongsi 12 mata.