Gamel lega, Trucha kecewa - Utusan Malaysia

Gamel lega, Trucha kecewa

KAPTEN pasukan Penang FC, Endrick Dos Santos Parafita cuba melepasi pertahanan Sri Pahang FC, Johan Cedric Francois Martial pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, kelmarin.- UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pengendali Sri Pahang, Christophe Gamel nyata lega dengan kejayaan pertama anak buahnya dalam saingan Liga Super menewaskan Penang FC 3-1 di laman sendiri kelmarin.

Perlawanan di Stadium Darul Makmur itu juga seakan memadamkan rasa tidak puas hati penyokong yang mula mempertikaikan keupayaan jurulatih itu selepas gagal mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan terdahulu.

Malah Gamel berharap kejayaan ini akan memberi semangat untuk anak buahnya mencapai lebih banyak kejayaan.

“Kejayaan ini amat bermakna kepada saya dan pasukan yang sebelum ini gagal mencapai kemenangan,” katanya sejurus perlawanan berakhir kelmarin.

Sri Pahang mendahuhului selepas sepakan Nor Azam Azih dari luar petak penalti pada minit ke-28 menerjah jaring gol lawan sebelum pemain gantian Penang FC, Sukri Hamid memadam kelebihan satu gol Sri Pahang ketika waktu tambahan masa pada minit ke-46.

David Rowley turut menjaringkan satu gol minit ke-65 dan pada minit ke-73, Sean Giannelli berjaya menambah satu gol lagi untuk Tok Gajah menang selesa 3-1, sekali gua tiga mata berharga yang begitu diidamkan Gamel dan skuad tersebut.

“Bagi saya tekanan tetap ada selepas tiga perlawanan tanpa kemenangan, tetapi
saya tetap menjalankan tugas untuk memastikan Sri Pahang mencatat keputusan terbaik,” kata Gamel.

Sementara itu, jurulatih Penang FC, Tomas Trucha tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa selepas skuad kendaliannya tewas walaupun satu ketika berjaya mengikat Sri Pahang.

Kekalahan itu juga meletakkan Penang terperosok di kedudukan tercorot Liga Super dengan mengutip tiga mata selepas mengharungi enam perlawanan.

“Kami tidak boleh lagi kehilangan mata dan perlu lebih bersedia kerana akan berdepan pasukan yang mantap iaitu Terengganu, Sabah dan Selangor.

Beliau berharap beberapa pemain, termasuk import yang tidak bermain malam ini akibat kecederaan kembali memperkuatkan pasukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN