tolak berlakon

Ebby Yus tolak tujuh tawaran berlakon atas faktor kesihatan

EBBY Yus (tiga, dari kanan) bersama Caca Raja Lawak (kiri) dan Joey Daud mengadakan persembahan dalam Program Iftar Ramadan 2022 Bersama Anak-Anak Syurga di Restoran Tapaqking Ikan Bakar, Port Dickson semalam.-UTUSAN/AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Pelakon dan pelawak, Ebby Yus, 56, mengakui terpaksa menolak tawaran berlakon dan mengacara tahun ini kerana faktor kesihatan.

Pemilik nama sebenar Muhammad Yunus Abdul Rashid itu memberitahu, dia membuat keputusan itu dibuat atas nasihat doktor memandangkan dirinya tidak kuat sekiranya bekerja di luar.

“Antara tujuh tawaran yang saya terpaksa tolak ialah yang melibatkan penggambaran yang terlalu lama di luar kerana saya cepat rasa macam nak pitam jika cuaca panas terik.

“Kalau drama episod yang terlalu panjang juga saya tolak. Saya lebih memilih yang menggunakan lokasi tertutup seperti sitkom,” katanya ketika ditemui dalam Program Iftar Ramadan 2022 Bersama Anak-Anak Syurga di Restoran Tapaqking Ikan Bakar di sini, semalam.

Dalam pada itu, tambahnya, rumah baharu yang diterima melalui bantuan kerajaan di bawah Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) selepas rumahnya musnah ketika banjir hujung tahun lalu juga masih belum siap dibina.

“Masalah jambatan rosak di kawasan itu membuatkan penghantaran bahan bagi membina rumah tersebut agak sukar. Proses pembinaan rumah berjalan lancar dan dalam keadaan baik kalau ikutkan sudah siap hampir 80 peratus,” tambahnya.

Sementara itu, Pengarah Restoran Tapaqking Ikan Bakar, Aizat Zulhailie Abu Bakar memberitahu, Program Iftar Ramadan 2022 Bersama Anak-Anak Syurga dianjurkan pihaknya bagi meraikan kira-kira 100 anak-anak yatim di daerah ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN