1,793 orang awam terkorban dalam perang Ukraine - Utusan Malaysia

1,793 orang awam terkorban dalam perang Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Seramai 1,793 orang awam terbunuh manakala 2,439 lagi cedera sejak bermulanya pencerobohan besar-besaran Rusia ke atas Ukraine.

Lapor Al Jazeera, data itu dikeluarkan oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR).

“Sebahagian besar kes dilaporkan itu berpunca daripada penggunaan senjata letupan di kawasan yang luas termasuk tembakan artileri serta pelancaran sistem roket pelancar, peluru berpandu dan serangan udara,” jelas OHCHR dalam satu kenyataan dimuat naik dalam laman sesawang.

Menurut OHCHR, jumlah sebenar kematian dan mangsa cedera berkemungkinan jauh lebih tinggi kerana pihaknya masih berusaha mendapatkan maklumat dari beberapa kawasan `serangan sengit’.

Kawasan itu termasuk Mariupol, Izium dan Borodianka yang mana didakwa ramai orang awam terkorban.

Sementara itu, Ombudsman bagi Hak Asasi Manusia Ukraine, Lyudmyla Denisova mendakwa seramai 183 kanak-kanak disahkan meninggal dunia sejak permulaan pencerobohan Rusia di Ukraine.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN