Utusan Khas ASEAN lawat Myanmar hujung Mac ini

Utusan Khas ASEAN lawat Myanmar hujung Mac ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Menteri Luar Kemboja, Prak Sokhonn dijadual melakukan lawatan ke Myanmar dari 20 hingga 23 Mac depan dalam usaha untuk memulakan proses rundingan damai di negara yang dilanda konflik itu berikutan rampasan kuasa lebih setahun lalu.

Jurucakap kementerian luar Kemboja, Chum Sounry berkata, lawatan itu juga dilakukan Sokhonn selaku Utusan Khas ASEAN.

Katanya, perincian lawatan itu juga sedang diaturkan.

Bulan lalu, Sokhonn menggesa Jeneral junta Myanmar supaya membenarkan dirinya bertemu semua pihak berkepentingan di sana, termasuk kumpulan yang menentang rampasan kuasa tahun lalu.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan butiran mengenai individu di Myanmar yang akan ditemui.

Sebelum ini, usaha untuk bertemu pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi yang ditahan dan dibicarakan ternyata tidak membuahkan hasil.

Jurucakap tentera Myanmar tidak menjawab permintaan untuk mengulas laporan tersebut.

Pihak junta bersetuju tahun lalu dengan rancangan lima perkara ASEAN untuk menamatkan pergolakan di Myanmar, termasuk menghentikan permusuhan, membenarkan akses bantuan kemanusiaan dan menyokong proses damai inklusif.

Beberapa anggota ASEAN kecewa dengan kegagalan tentera untuk mematuhi rancangan tersebut dengan pertubuhan serantau tersebut menghalang jeneral junta daripada menghadiri mesyuarat serantau sehingga menunjukkan sebarang perubahan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan lebih 300,000 penduduk kehilangan tempat tinggal akibat konflik selepas rampasan kuasa di Myanmar, manakala, beribu-ribu orang awam ditangkap, dipukul, diseksa dan dibunuh.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN