Tumpu perkasa peranan PSC

(PARLIMEN) Tumpu perkasa peranan PSC

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) seolah-olah tiada peranan ekoran tiada garis panduan khas sekali gus menyebabkan kuasa ahli-ahli PSC yang dilantik Parlimen tidak dapat berfungsi dengan sempurna.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Memorandum Persefahaman (MoU) antara parti kerajaan dan pembangkang perlu ditumpukan kepada fungsi PSC bagi memastikan ia lebih berkesan.

Katanya, MoU itu tidak wajar dihadkan kepada dana pembangunan kawasan pilihan raya, Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti dan undang-undang yang merujuk kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan.

“MoU ini boleh main peranan bagi mendepani kekeliruan PSC. Saya tidak mahu tegur pegawai kerajaan hadir atau tidak hadir apabila dipanggil, tapi kalau merujuk peraturan mesyuarat, bawah Peraturan 83(2) terdapat satu ‘lakonan”.

“Selagi kekeliruan itu tidak diselesaikan, pegawai kerajaan yang dipanggil keliru sama ada kehadiran itu diwajibkan atau sebaliknya. Ia akan dipanggil sebagai surat jemputan atau sapina?

“Di mahkamah, kalau tidak hadir dikenakan ‘contempt of court’,  Tetapi dalam Parlimen, sebagai badan ketiga terbesar dalam Perlembagaan, tidak ada taring dan giginya,” tegas Azalina katanya pada sesi Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat semalam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN