Perak FC dapat gaji setengah bulan - Utusan Malaysia

Perak FC dapat gaji setengah bulan

YUSRI Che Lah (tengah) bersama pemain Perak FC-IHSAN PERAK FOOTBALL CLUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pemain, pegawai dan kakitangan Perak FC mampu menghela nafas lega apabila menerima setengah bulan gaji semalam.

Pembayaran itu sekurang-kurangnya meredakan ketegangan yang sedang memuncak dalam pasukan The Bos Gaurus gara-gara ada yang tidak menerima gaji antara dua hingga tujuh bulan.

Antara faktor persembahan hambar Perak dalam perlawanan pertama Liga Perdana menentang PDRM FC di Stadium Perak, Ahad lalu yang menyaksikan Perak tumpas 1-3 disebabkan masih belum menerima gaji.

Dalam pada itu, sekumpulan penyokong Perak bertindak bersemuka dengan Pengerusi Impact Media and Communication (IMC), Khairul Nizam Mahmood selepas perlawanan.

“Saya kira pembayaran setengah bulan gaji ini dapat mengurangkan tekanan dihadapi
pemain, pegawai dan kaki tangan Perak FC,” menurut sumber yang enggan namanya disiarkan.

Berikutan kemelut yang berlaku, pemilik Perak FC, Impact Media and Communication (IMC) berusaha mencari dana untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Mereka berjaya mendapat bantuan daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyalurkan RM400,000.

Sumber itu bagaimanapun tidak tahu bila baki tunggakan akan dibayar tetapi berharap dibuat dalam tempoh terdekat.

Kebetulan Perak FC dikatakan akan bertukar milik kepada orang baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN