[PAU 2021] : Ismail Sabri beri jaminan suara UMNO jadi keutamaan - Utusan Malaysia

[PAU 2021] : Ismail Sabri beri jaminan suara UMNO jadi keutamaan

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan penghargaan terima kasih kepada Presiden dan seluruh ahli UMNO kerana menyokong kepemimpinan beliau sebagai Perdana Menteri.

“Tidak mungkin saya berada di atas pentas ini sebagai Naib Presiden dan Perdana Menteri tanpa berkat doa serta sokongan penuh ahli-ahli UMNO.

“Terima kasih kepada Presiden, Timbalan Presiden, Ahli-Ahli MKT dan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang sebulat suara mencalonkan saya sebagai Perdana Menteri, disokong oleh kepimpinan UMNO Negeri, Bahagian dan Cawangan,” katanya ketika membuat ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Beliau dalam masa yang sama turut mengucapkan tahniah di atas kemenangan bergaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka.

Selain itu, Ismail Sabri turut berkata yang beliau akan memastikan pandangan dan suara UMNO diberi keutamaan.

“Jati diri saya adalah jati diri UMNO. Siapalah Ismail Sabri tanpa tuan-tuan dan puan-puan. Sebab itu saya tidak akan membiarkan obor perjuangan UMNO malap, tapi terus menyala dan membakar semangat perjuangan kita bersama.

“Oleh itu, apa saja keputusan kita dalam Kabinet, saya akan pastikan pandangan dan suara UMNO diberikan keutamaan, demi menjaga kepentingan rakyat.

“Suka saya tegaskan, saya orang parti! Darah saya darah UMNO! Perjuangan saya adalah untuk UMNO! –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya