Bantuan banjir sehingga RM10,000 kekal - PM

Bantuan banjir sehingga RM10,000 kekal – PM

ISMAIL Sabri Yaakob diiringi Ahmad Samsuri Mokhtar beramah mesra dengan mangsa banjir warga emas di pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Batu 23 di Hulu Terengganu, hari ini. - FOTO/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Kerajaan bersetuju mengekalkan pemberian bantuan sehingga RM10,000 kepada ketua isi rumah (KIR) yang terjejas banjir di pantai Timur, Khamis lalu. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setiap KIR di negeri ini dan Kelantan yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) layak menerima bantuan RM1,000. 

“Apa sahaja kita bagi dulu pada gelombang pertama, maka untuk di Terengganu dan Kelantan kita akan bagi sama juga.

“Maksudnya selain wang ihsan RM1,000,  mangsa banjir akan dapat bantuan membeli barangan keperluan rumah dan baiki kediaman; pembelian peralatan elektrik dan baik pulih kenderaan sebagaimana saya umum dulu yang jika dicampurkan mencecah RM10,000,” katanya. 

Beliau berkata kepada pemberita selepas melawat 272 mangsa banjir di PPS Kampung Batu 23, di sini hari ini. 

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, butiran lanjut mengenai bantuan banjir itu akan diperincikan dalam sidang akhbar di Kelantan, petang ini. 

Terdahulu, Ismail Sabri turut menyampaikan bantuan wang ihsan bernilai RM1,000 kepada 76 KIR di PPS itu. 

Perdana Menteri yang diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar tiba kira-kira pukul 2.15 petang di PPS Kampung Batu 23. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN