Aplikasi PandaiBola mampu cungkil bakat bola sepak - Utusan Malaysia

Aplikasi PandaiBola mampu cungkil bakat bola sepak

YAZID (kanan) sewaktu majlis menandatangani perjanjian kerjasama strategik PandaiBola di Auditorium Resource Centre, Mranti Technology Park baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat MyEdusoccer Sdn. Bhd optimis bakat baharu dalam sukan bola sepak dapat dicungkil dan dikembangkan dengan hanya menggunakan aplikasi PandaiBola yang dibangunkan oleh mereka ketika ini.

Ketua Pengarah Eksekutif My EduSoccer, Muhamad Yazid Yahaya berkata, aplikasi itu dibangunkan berpandukan program fizikal dan juga latihan secara maya serta sistem rubrik yang mereka hasilkan.

“Aplikasi PandaiBola dibangunkan MyEduSoccer yang merupakan pemenang SUPERB pada 2020 adalah satu inovasi latihan bola sepak secara digital untuk mengenal pasti dan menganalisis pemain berpotensi di peringkat akar umbi.

“Aplikasi ini akan membantu menganalisis perkembangan (pemain) berdasarkan data dan maklumat yang dikumpulkan, seterusnya dianalisis oleh barisan jurulatih yang berpengalaman berdasarkan kemampuan pemain tersebut katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika ditemui selepas majlis menandatangani perjanjian kerjasama strategik PandaiBola di Auditorium Resource Centre, Mranti Technology Park, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis itu juga berjaya mengumpulkan lebih 11 rakan kongsi strategik dalam membantu membangunkan aplikasi PandaiBola yang berupaya menjadi platform untuk mengasah bakat para pemain.

Sebagai rekod, aplikasi PandaiBola itu berfungsi menerusi pengumpulan data berbentuk video dan gambar sebelum dianalisis oleh kumpulan pakar terdiri daripada para jurulatih yang memegang lesen jurulatih AFC B.

PandaiBola juga bertindak sebagai satu platform yang bukan sahaja mampu melatih para pemain secara lebih sistematik, malahan memberi kemudahan untuk mengenal pasti prestasi pemain sekali gus mencungkil bakat-bakat baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.