Wujudkan kelas KAFA di sekolah menengah - Utusan Malaysia

Wujudkan kelas KAFA di sekolah menengah

AHMAD MARZUK SHAARY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan bercadang mewujudkan kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di peringkat sekolah menengah sebagai usaha memperkasakan lagi ilmu kerohanian dalam kalangan remaja.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, sukatan pelajaran bakal digunakan akan disesuaikan mengikut tahap kedewasaan para pelajar.

“Beza kelas KAFA ini dengan kelas agama biasa adalah sukatan yang digunakan lebih kepada praktikal. Selain itu, ilmu agama yang akan diajarkan kepada pelajar juga adalah lebih mendalam.

“Untuk makluman, sukatan diguna pakai kelas KAFA selama ini di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan mendapat pengiktirafan badan akademik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Apresiasi dan Penyampaian Sumbangan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) serta Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Parlimen Pengkalan Chepa 2022.

Perasmian majlis itu disempurnakan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN