Wan Saiful perlu ambil tindakan, kekal atau tarik sokongan terhadap PM - Utusan Malaysia

Wan Saiful perlu ambil tindakan, kekal atau tarik sokongan terhadap PM

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO mengingatkan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) supaya tidak bersikap keanak-anakan mengugut Perdana Menteri untuk menarik sokongan daripada kerajaan hari ini.

Menjelaskan perkara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, perkara itu perlu dipastikan oleh Bersatu sendiri kerana kenyataan berulang kali bahawa sokongan Bersatu terhadap Perdana Menteri adalah bersyarat tidak membawa kebaikan kepada kestabilan politik nasional mahupun kerajaan hari ini.

Maka jelasnya, dalam hal ini, Ketua Penerangan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan perlu bertindak tegas sama ada sokongan terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu diteruskan atau tidak.

“Jika Bersatu berpendapat kerajaan ini perlu kekal sehingga tamat tempoh, maka orang seperti Wan Saiful perlu bertindak seperti pemain politik yang matang, bukannya bersikap keanak-anakan, marahkan nyamuk kelambu dibakar.

“Setakat ini Perdana Menteri telah sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara di sebalik kekangan kewangan kerajaan dan tekanan politik pelbagai pihak yang berkepentingan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Nazir Hussin, UMNO pada peringkat awal lagi telah membuat keputusan menolak kerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya.

Maka, keputusan itu sudah pasti menyebabkan Bersatu berasa terhimpit dengan keputusan UMNO yang enggan mahu bekerjasama.

“Mendakwa Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri atas sokongan Bersatu dan bukannya UMNO juga tidak tepat. Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri kerana dukungan ahli-ahli Parlimen dalam UMNO, Bersatu, Pas, Gabungan Parti Sarawak dan lain-lain ahli Parlimen.

“Bersatu sahaja tidak cukup untuk mengangkat Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri. Sama juga seperti Bersatu sahaja tidak mampu mengangkat Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

“Justeru Bersatu dan semua pihak perlu sedar kedudukan Ismail Sabri didukung oleh pelbagai parti, bukannya satu parti sahaja,” jelasnya.

Katanya, Wan Saiful boleh mewakili parti untuk mengumumkan keputusan menarik sokongan terhadap Ismail Sabri berikutan sokongan bersyarat yang dinyatakan berulang kali oleh Bersatu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN