Urus tadbir baik didik masyarakat - Utusan Malaysia

Urus tadbir baik didik masyarakat

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL (tiga dari kanan) berkenan berangkat merasmikan kilang capal Dr. Saad di di Kampung Chemumar Tengah, Simpang Empat, Arau, Perlis, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan tadbir urus yang mementingkan integriti dan akauntabiliti akan mendidik masyarakat mengamalkan sikap  lebih positif. 

Titah baginda, sesebuah organisasi itu menjadi mantap dan berjaya jika pembudayaan tadbir urus yang baik dalam kalangan warganya sentiasa disuburkan.

“Tadbir urus yang baik juga secara langsung mahupun tidak langsung akan dapat menggalakkan budaya dan nilai yang lebih baik dalam kalangan rakyat bagi jangka masa panjang,” titah baginda selepas berkenan berangkat merasmikan kilang capal Dr. Saad di Kampung Chemumar Tengah, Simpang Empat, di sini, semalam.

Yang hadir sama mengiringi baginda Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin, tadbir urus yang baik bukan sahaja membawa manfaat kepada sesebuah organisasi, malah pelanggan juga mendapat faedah.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN