fbpx

Tikam bayi: Remaja 15 tahun direman di Hospital Kemaman

TENGKU Eliana Tuan Kamaruzaman (depan) keluar dari Wad Bersalin Hospital Kemaman, Terengganu selepas selesai proses reman remaja perempuan yang dipercayai menikam bayi lelaki. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN

KEMAMAN: Remaja perempuan berusia 15 tahun yang dipercayai menikam bayi lelakinya semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman di Wad Bersalin Hospital Kemaman di sini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Proses itu dilakukan di hospital berkenaan susulan suspek masih menerima rawatan selepas melahirkan bayi sulungnya, pagi semalam.

Terdahulu, Tengku Eliana tiba di Hospital Kemaman kira-kira pukul 12.40 tengah hari dengan diiringi anggota polis. Semalam, seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemukan mati dengan kesan tikaman di dada dipercayai dibunuh ibunya. 

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan sebelum laporan polis dibuat kira-kira pukul 10 pagi. – UTUSAN ONLINE 

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN