Tidak serik, tukang kebun dipenjara lagi atas kesalahan dadah

Tidak serik, tukang kebun dipenjara lagi atas kesalahan dadah

MOHD. Fadli Kahar dijatuhkan hukuman tiga tahun penjara dan tiga sebatan di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, Negeri Sembilan, hari ini. - FOTO/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang tukang kebun sekolah yang baharu selesai menjalani hukuman penjara lima tahun termasuk satu sebatan dua tahun lalu atas kesalahan dadah sekali lagi dikenakan hukuman atas kesalahan yang sama.

Tertuduh, Mohd. Fadli Kahar, 40, hari ini dijatuhkan hukuman lebih berat iaitu penjara tujuh tahun dan tiga sebatan.

Hukuman itu selepas dia mengaku salah menggunakan dan memberikan dadah kepada diri sendiri dalam kesalahan yang dilakukannya pada 27 Julai 2020.

Membuat pengakuan di hadapan Hakim, Norma Ismail, tertuduh melakukan kesalahan itu di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin dengan memberi dadah jenis morfin kepada diri sendiri.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39C (1) akta sama.

Tertuduh dikenakan hukuman lebih berat mengikut Seksyen 39C (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 berikutan pernah menerima hukuman mengikut Seksyen 39C (1) akta sama pada 2018.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya