Tiada istilah 'payung emas', ia hadis palsu - Zulkifli - Utusan Malaysia

Tiada istilah ‘payung emas’, ia hadis palsu – Zulkifli

ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Modal ‘payung emas di syurga’ kerapkali dijadikan senjata buat si suami bagi mengumpan isteri untuk berpoligami.

Namun, selepas mendengar penjelasan ini, si suami yang menyimpan keinginan beristeri dua, tiga dan empat perlu mencari alasan lain untuk berbuat demikian.

Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, tiada istilah payung emas menurut mana-mana hadis, sebaliknya ia sebenarnya adalah hadis palsu.

“Sikap sebagai Muslim adalah kita tak menentang sebarang syariat Allah SWT, namun yang pasti ada keperluan dan hikmah dalam keadaan tertentu.

“Kita cuma menolak sikap menggunakan agama untuk kepentingan individu lantas mengabaikan hak-hak lain,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Katanya, jika seorang wanita solat lima waktu, puasa Ramadan, pelihara kemaluan dan taat kepada suaminya, maka Nabi kata masuklah ke syurga melalui pintu yang dikehendaki.

Zulkifli berkata, hukum bagi sesuatu juga perlu dilihat daripada aspek sebab dan illahnya.

“Tidak boleh menetapkan hukum atas sesuatu berdasarkan zahir ia sunnah atau tidak semata-mata, sebaliknya melihat kepada maslahat suatu perkara itu.

“Begitu juga dengan poligami. Terkadang ia menjadi perlu dan terkadang tidak perlu bahkan boleh jadi menzalimi.

“Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja. (Surah al-Nisa’, 4:3),” katanya.

Katanya, hukum berpoligami itu sendiri boleh jadi harus, sunat dan haram dan tidak menjadi kesalahan bagi isteri untuk mempertikaikan keputusan suaminya untuk berpoligami dengan melarangnya atas sebab keperluan.

Jelasnya lagi, berbincang dengan baik, beri nasihat, dan pandangan, demi untuk mengelakkan daripada berlakunya kezaliman dan penindasan terhadap hak isteri dan juga anak-anak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya