Tiada aduan Pengarah Eksekutif  Mara guna kad kredit - Azam Baki - Utusan Malaysia

Tiada aduan Pengarah Eksekutif  Mara guna kad kredit – Azam Baki

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada sebarang aduan diterima Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai dakwaan salah laku Pengarah Eksekutif Mara Corporation (Mara Corp.), Datuk Suhaili Abdul Rahman berhubung penggunaan kad kredit korporat syarikat itu.

Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tindakan hanya diambil jika ada laporan dibuat kepadanya.

“Kena seseorang buat laporan kepada kita. Setakat ini kita tidak terima laporan apa-apa lagi.

“Kalau ada pihak buat laporan kepada polis terpulang, (itu) saya tak tahu. Fokus saya pada hari ini ialah (dakwaan) salah guna kuasa (oleh lima pegawai kanan Mara) iaitu menggunakan kedudukan untuk mendapatkan elaun yang tidak sepatutnya dapat,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Semalam, salah seorang daripada lima pegawai Mara berkenaan dilapor membuat laporan mendakwa penggunaan kad kredit Mara Corp. untuk tujuan peribadi.

Suhaili ketika dihubungi Utusan Malaysia bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Kata beliau, penggunaan kad kredit tersebut adalah bagi menjaga nama baik Mara Corp. yang mana beliau ketika itu diminta menaja majlis makan malam pada bulan Ramadan khas untuk anak yatim dan pelajar 

Semalam, tular gambar sekeping resit yang menunjukkan Suhaili menggunakan kad kredit Mara Corp. didakwa membayar lebih RM5,000 untuk makan malam pada Ramadan tahun lalu.

Makan malam itu diadakan di sebuah restoran di Labuan pada 17 April 2021 dengan tertera perkataan parti Bersatu di atas resit tersebut.

Mengulas lanjut, Suhaili turut berkata, apa yang dilakukan itu bukanlah satu jenayah dan wang tersebut boleh dibayar kembali dengan membuat potongan daripada gaji bulanannya.

Suhaili adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan dilantik ke Mara pada tahun 2021 lalu di bawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Suhaili menyandang lima jawatan dalam Mara adalah atas kapasiti beliau sebagai Pengarah Eksekutif Mara Corp. dan sebagai ahli pengurusan syarikat Mara Corp. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN