Terowong bukan satu-satunya cara atasi banjir - Utusan Malaysia

Terowong bukan satu-satunya cara atasi banjir

AMIRUDIN Shari (depan, tengah) bergambar pada Program Jualan Ayam Murah dekat Wisma PKPS di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor menegaskan pembinaan terowong seperti milik Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART) di Kuala Lumpur bukan satu satunya kaedah mengatasi masalah banjir besar yang berlaku di negeri berkenaan. 

Terdapat pelbagai kaedah lain lagi yang boleh dilakukan termasuk pembinaan pusat takungan air lebih besar untuk menerima limpahan lebihan hujan bagi mengelakkan kejadian banjir buruk berlaku.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, kerajaan negeri mengalu-alukan lontaran pandangan dan idea penyelesaian bagi mengatasi masalah banjir namun cadangan tersebut perlu diikuti dengan kajian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Isunya ialah bagaimana kajian terhadap sesuatu kaedah dapat menyelesaikan dan menampung lebihan air. 

“Apa yang berlaku dalam kejadian banjir pada bulan Disember tahun lalu, hujan yang lebat tidak mampu ditampung dengan sistem saliran dan berlaku air pasang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau jualan ayam murah di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam berhubung langkah jangka pendek dan panjang bagi mitigasi bencana dan banjir di kawasan padat seperti Shah Alam.

Antaranya mengawal penebangan hutan, membina terowong pintar,kota takungan pinggir sungai dan membangunkan sistem amaran berdasarkan kecerdasan buatan  (AI).

Mengulas lanjut Amirudin berkata, selain membina terowong seperti Smart idea untuk mewujudkan satu takungan air yang besar boleh diwujudkan.

“Kalau kita boleh bina takungan air yang besar dan banyak kita boleh menyelesaikan masalah lebihan air dalam sesuatu masa dalam kapasiti yang tinggi seperti di kawasan Seri Muda dan Hulu Langat.

“Apa pun kita akan mengajukan cadangan untuk mengatasi masalah banjir akibat lebihan air, dengan formula tertentu dalam ‘retreat’ yang akan dilaksana 23 hingga 25 Februari depan,”katanya.

Katanya lagi, selain terowong Smart idea untuk mewujudkan takungan mendalam secara ke dalam tanah dan takungan air di pesisir sungai boleh dipertimbangkan.

Namun katanya, ia bergantung kepada laporan lanjut berhubung isu tersebut daripada pihak exco terbabit. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini