Sumbang mahram: Wanita pendam sejarah hitam empat tahun - Utusan Malaysia

Sumbang mahram: Wanita pendam sejarah hitam empat tahun

PASUKAN D7 dari IPD Klang Selatan berjaya memberkas suspek rogol adik kandung yang melakukan tindakan terkutuk itu di rumahnya di Jalan Kebun, Klang, Selangor lebih empat tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang adik tidak tertahan lagi dengan sikap abang yang sanggup menodainya apabila akhirnya membuat laporan polis selepas lebih empat tahun memendam sejarah hitam itu.

Malah, wanita berusia 22 tahun bekerja sebagai pembantu kedai makan itu mendakwa abangnya yang dua tahun lebih tua pernah beberapa kali merogolnya sebelum satu kejadian pada 17 Ogos 2018.

Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dalam satu kenyataan berkata, mangsa pernah memberitahu kedua ibu bapa namun mereka tidak mempercayai kejadian itu yang berlaku di rumahnya di Jalan Kebun di sini.

Menurutnya, mangsa juga tidak membuat laporan lebih awal kerana tidak mempunyai kenderaan selain takut dimarahi oleh kedua ibu bapanya.

“Pengadu ada memberitahu kepada ayah dan ibunya tetapi mereka tidak mempercayainya. Pengadu tidak membuat laporan polis pada masa kejadian kerana pengadu tidak ada kenderaan untuk ke balai dan takut dimarahi oleh ayah dan ibunya.

“Pada 17 Ogos kira-kira pukul 1 pagi, semasa sedang tidur di rumahnya, pengadu menyedari abang pengadu datang dan memasukkan kemaluannya kedalam mulut pengadu dan seterusnya ke dalam faraj pengadu.

“Selepas kejadian tersebut abang pengadu terus melarikan diri. Pengadu juga memaklumkan bahawa suspek telah beberapa kali merogolnya,” katanya.

Bagaimanapun, pada 31 Januari lalu, pasukan polis dari unit D7 IPD Klang Selatan membuat tangkapan terhadap suspek kira-kira pukul 11 malam selepas memperoleh maklumat daripada pengadu yang membuat laporan pada hari itu.

Suspek kemudian direman selama tujuh hari sehingga 7 Februari ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya