Setelah PH, Warisan pula mahu ‘mengendeng’ MUDA?

Setelah PH, Warisan pula mahu ‘mengendeng’ MUDA?

MOHD. AZIS JAMMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Setelah diberi laluan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di enam kerusi, MUDA mendapat suntikan lagi apabila Parti Warisan Sabah (WARISAN) mahu berunding dengan parti setahun jagung itu untuk memantapkan lagi saingan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Utusan Malaysia difahamkan, esok Ketua Wira Warisan, Datuk Mohd. Azis Jamman akan tiba di Kuala Lumpur dari Kota Kinabalu untuk merundingkan perkara itu.

Semalam, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) memperuntukkan enam kerusi kepada MUDA.

Keputusan itu berjaya dicapai selepas beberapa siri rundingan untuk pengagihan kerusi bagi menghadapi PRN Johor.

Sementara itu, PKR Johor pula menawarkan tiga kerusi kepada MUDA untuk ditandingi pada PRN Johor 12 Mac nanti.

Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, susulan itu pihaknya kini menanti maklum balas MUDA berhubung tawaran tiga kerusi berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN