Ronaldo kapten baharu United ?

Ronaldo kapten baharu United ?

ronaldo
HARRY Maguire
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus sementara Manchester United, Ralf Rangnick difahamkan melakukan perbincangan bersama Cristiano Ronaldo dan Harry Maguire mengenai pertukaran kapten untuk baki saingan musim ini.

Walaupun pertukaran itu, untuk mengurangkan tekanan Maguire namun pemain England tersebut belum bersedia kehilangan peranannya sebagai kapten Red Devils.

“Pada awalnya, Ronaldo meminta pemain untuk menyokong Maguire, sebaliknya Rangnick kini mahu Ronaldo membimbing semua pemain muda.

“Maguire adalah kapten tetapi perlu mengikut apa sahaja yang Ronaldo katakan untuk memastikan keadaan menjadi lebih baik,” kata sumber dalaman United.

Sebelum ini, Marcus Rashford menolak dakwaan apabila dikhabarkan berlaku ketidakharmonian di dalam skuad United. Dia menegaskan bahawa mereka masih bergerak sebagai satu pasukan dengan baik.

Rangnick turut memuji sumbangan pemain berusia 37 tahun itu selepas berjaya menjaringkan gol ketika menentang Brighton Selasa lalu. Dan berkata ia adalah prestasi terbaik pemain asal Portugal itu sepanjang minggu ini.

“Dia sangat bertenaga apabila berada di atas padang dan sentiasa cuba membantu rakan sepasukan. Jadi saya fikir dalam minggu ini, ia merupakan persembahan terbaiknya bersama gol yang sangat penting untuk pasukan,” jelas Rangnick. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN