Ribut petir, hujan lebat, angin kencang di 13 negeri sehingga 8 malam

Ribut petir, hujan lebat, angin kencang dijangka di 13 negeri hingga 8 malam

MET MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa tempat di 13 negeri sehingga pukul 8 malam, hari ini. 

Menurut Met Malaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Sarawak, Sabah, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. 

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis; Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang; Perak. 

“Selain itu, Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang; Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu) sehingga pukul 8 malam, Rabu, 9 Februari. 

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Pahang (Cameron Highlands); Selangor; Kuala Lumpur; Putrajaya; Negeri Sembilan; Melaka; Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru)sehingga pukul 8 malam, Rabu, 9 Februari,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Tambah Met Malaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN