PRU boleh kembalikan kestabilan politik negara - Utusan Malaysia

PRU boleh kembalikan kestabilan politik negara

ROMZI ATIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) wajar disegerakan bagi memastikan kestabilan politik negara dapat dikembalikan.

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Romzi Ationg berkata, ketika ini rakyat menjadi keliru dengan kedudukan sesetengah pemimpin dalam parti-parti politik tertentu.

“Maka, usaha menyegerakan pilihan raya akan mengurangkan kekeliruan yang dialami rakyat terutama berkaitan dengan kedudukan sesetengah pemimpin.

“Malah, ia juga dapat mengelak berlaku pembaziran jika terlalu banyak pilihan raya mengikut negeri,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Timbalan Dekan (Penyelidikan & Khidmat Komuniti) UMS itu, pilihan raya memberi ruang kepada rakyat memilih parti politik atau gabungan parti-parti politik yang benar-benar stabil untuk membentuk sebuah kerajaan.

Jelas beliau, negara akan terus berada dalam kerugian sekiranya ketidakstabilan politik di negara ini berterusan.

Walau bagaimanapun katanya, sekiranya pilihan raya diadakan, semua pihak perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelakkan berlaku penularan jangkitan Covid-19.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya