MARANG: Pas sudah mempunyai anggaran kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini. Bagaimanapun, Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya akan mendapatkan perincian daripada Pas Johor terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. “Anggaran kerusi sudah ada, kita akan dengar maklumat daripada Pas Johor dan kemudian turun padang menilai kawasan mana yang patut kita bertanding. “Bagaimanapun, jumlah kerusi perlu dibincang dengan rakan-rakan dalam Perikatan Nasional (PN),” katanya ketika ditanya pemberita selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, di sini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya